SESI BERSAMA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) DAN PUSAT PENGURUSAN BENCANA USM DI PROGRAM SISWA LESTARI (PSL) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Telah berlangsung Sesi Bicara Eksekutif Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri bersama Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC) USM dalam Program Siswa Lestari (PSL) di Dewan Tuanku Syed Putra USM pada Isnin, 10 Oktober 2022.
Sesi Bicara Eksekutif ini julung-julung kali diadakan dan pada kemasukan sidang akademik 2022/2023 telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara bersama YBrs. Profesor Dr. Sivamurugan Pandian, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre USM kepada hampir 3,000 mahasiswa/i baharu. Turut hadir bersama Encik Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang.

Jemputan khas YBhg. Datuk KPKN ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i baharu dan warga kampus berkaitan keselamatan negara serta peranan MKN dalam pengurusan krisis negara. YBhg. Datuk KPKN juga telah menerangkan Dasar Keselamatan Negara (KDN) 2021-2025 kepada para pelajar bagi menyuntik semangat dan kesedaran dalam diri mahasiswa/i berkaitan keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama.

Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC) USM dan seluruh warga USM ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudain kehadiran YBhg. Datuk KPKN ke PSL sidang ini.
PUSAT PENGURUSAN BENCANA NERVE CENTRE (PPBNC)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA