PPBNC USM JALINKAN KERJASAMA PENGURUSAN BENCANA BERSAMA MUHAMMADIYAH DISASTER MANAGEMENT CENTRE, (MDMC) MEDAN
Hasil pertemuan Pengarah Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM ,Ybhg Prof Dato' Sivamurugan Pandian bersama Muhammadiyah Disaster Management Centre (MDMC) Medan, Indonesia pada awal November 2023 lalu telah tercapai beberapa agenda mengenai Pengurusan Bencana dan kaedah pengurusan yang lebih sistematik dan praktikal. Pertemuan ini telah dirancang sejak Mei lalu termasuk mengadakan mesyuarat dalam talian bersama MDMC yang berpusat di Jakarta.
MDMC merupakan salah satu badan organisasi kesukarelawanan dan organisasi yang terbesar di Indonesia dan mempunyai lebih 2 ribu keahlian yang terdiri daripada ahli akademik, Doktor Perubatan, Kaunselor serta perlbagai ketegori kesukarelawanan. Peranan MDMC juga telah memberi manfaat lebih 200 ribu rakyat Indonesia yang terjejas akibat dari bencana dan yang memerlukan bantuan.
MDMC turut dihadiri Dr.H. Elman Boy, M.Kes selaku Ketua Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Sumatera Utara dan Dr.Kamal Basri Siregar. Dengan pengalaman MDMC, PPBNC secara tidak langsung mengambil pendekatan bekerjasama dalam memastikan sistem pengurusan bencana kepada warga kampus Usm lebih teratur. Selain itu, seminar serantau akan diadakan bagi mendapatkan persefahaman pengurusan bencana termasuk pertukaran sukarelawan bencana antara negara termasuk Filipina dan Thailand.