Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre  |  Universiti Sains Malaysia

PENGENALAN

Nerve Centre (NC) ditubuhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara pada Mac 2020. NC pada ketika itu berperanan sebagai “nadi” kampus bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya dalam kampus (Induk, Kejuruteraan, Kesihatan, KLE).

Pada Januari 2022, NC secara rasminya ditubuhkan menjadi sebuah Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC) dan fungsinya telah diluaskan.PPBNC Induk kini beroperasi di Bangunan TORAY-USM yang sentiasa siap siaga dengan sebarang bencana atau kecemasan yang melibatkan warga kampus.

Visi Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre)

Menerajui perkhidmatan dan koordinasi yang berorientasikan warga USM yang Terangkum, Rencam, Lestari, Sihat dan Bahagia

Menerajui Perkhidmatan Berteraskan Pengurusan Bencana, Krisis, Wabak Penyakit,
Kesihatan Mental dan Kesukarelawanan Untuk Kesejahteraan Warga USM

Misi Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre)

Pengurusan koordinasi bersepadu untuk memperkukuh kesejahteraan,keselesaan dan kerukunan warga USM

Tagline

#Nerve Prihatin

PENGENALAN TERAS

Definisi Bencana

Satu kejadian yg sebabkan aturan hidup harian terganggu dan sebabkan kematian atau kerosakan harta benda yang besar

Senario/Isu; Bencana Alam (Banjir), Bencana Akibat Manusia (Rusuhan), Bencana Hybrid (Banjir Lumpur)

Definisi Krisis

Situasi atau peristiwa tidak dijangkakan yang boleh mengancam atau menjejaskan organisasi dan pihak berkepentingan termasuk boleh memberi kesan negatif terhadap keselamatan awam, kerugian kewangan dan kehilangan reputasi

Senario/Isu; Krisis Keselamatan (Safety & Security), Krisis Alam Sekitar, Krisis Teknologi/ICT, Krisis Kesihatan, Krisis Kewangan

Definisi Wabak Penyakit

Penyakit yang tiba-tiba merebak secara mengejut di dalam suatu kawasan geografi

Senario/Isu; Denggi/Malaria, HFMD Dan Influrenza

Definisi Kesukarelawanan

Sebarang kegiatan altruistik melibatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya

Senario/Isu; Misi Bantuan Bencana Dan Misi Kemanusiaan

Definisi Mental

Situasi dimana seseorang individu, keluarga dan komuniti menyedari potensi tentang keupayaan diri, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai tekanan serta dapat menjalankan kefungsian sosial ke arah mencapai kesejahteraan hidup

Senario/Isu; Tekanan, Keresahan, Kemurungan, Penyakit Kronik, Penyalahgunaan Bahan, Gangguan Tidur, Trauma

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre). Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Universiti.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Bencana
(Nerve Centre), 11800, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 2267/6124  | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. icon admin

Hak Cipta © 2022 Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC), Universiti Sains Malaysia.