Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • AKTIVITI@PBBNC
  • Program/bengkel
  • PUSAT PENGURUSAN BENCANA NERVE CENTRE PERSIAP WARGA USM HADAPI BENCANA

PUSAT PENGURUSAN BENCANA NERVE CENTRE PERSIAP WARGA USM HADAPI BENCANA

USM PULAU PINANG, 14 Mac 2023 – Tanah runtuh merupakan salah satu kejadian geologi yang berkaitan dengan pergerakan tanah dan boleh mengakibatkan kematian. Satu kejadian tanah runtuh yang menggemparkan negara telah berlaku pada Disember tahun lalu di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 orang telah menjadikan kejadian ini sebagai kedua terbesar negara selepas kejadian tanah runtuh di Highland Towers pada tahun 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

bomba

Menyedari akan kepentingan mempersiapkan diri bagi menghadapi kejadian bencana seperti tanah runtuh ini, Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC) USM telah menganjurkan satu program bual bicara bertajuk “Unsung Hero Batang Kali dan Turkiye” untuk memberikan pendedahan kepada warga USM hari ini.

Pengarah PPBNC, Profesor Dr. Sivamurugan Pandian amat mengalu-alukan kehadiran dan komitmen yang telah diberikan oleh semua petugas dan peserta bagi memastikan kelancaran program ini.

“Kita amat bertuah kerana dua panel hebat yang terlibat secara langsung semasa kejadian tanah runtuh di Batang Kali dan Turkiye hadir pada hari ini untuk berkongsi pengalaman dan menyebarkan kesedaran kepada semua,” ujar Sivamurugan.

Beliau juga bersyukur kerana PPBNC berjaya menjalankan fungsi awalnya iaitu untuk mengawal penularan wabak Covid19 di USM dan kini PPBNC diperluaskan fungsinya sebagai Pusat Pengurusan Bencana yang menjadi rujukan pusat tanggungjawab (PTJ) lain dalam menguruskan krisis.

Sesi perkongsian selama dua jam ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba, Tuan Juyana@Azlan Musa dan Penguasa Bomba II, Tuan Mustakim Rimon. Kedua-dua panel ini bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Selangor. Moderator forum ini ialah Pelajar Tahun 2 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Ku Nur Wafa Ain Ku Amran.

Hadir sama ke program ini ialah Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Profesor Madya Dr. Rahimi Che Aman; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Madya Dr. Paramjit Singh a/l Jamir Singh; Pengarah Penerbit, Profesor Madya Dr. Nazarudin Zainun; Pengarah Pusat Sejahtera, Dr. Normala Abdul Wahid dan Ketua Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Naib Canselor, Mohamad Abdullah.

Teks: Nurhidayah Shahbuddin
Foto: Shahnizam Ab Rahim

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre). Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Universiti.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Bencana
(Nerve Centre), 11800, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 2267/6124  | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. icon admin

Hak Cipta © 2022 Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC), Universiti Sains Malaysia.