Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre  |  Universiti Sains Malaysia

  • Home
  • Media
  • Berita
  • JOM SERTAI PROGRAM-PROGRAM PUSAT ISLAM USM SEPANJANG RAMADHAN

JOM SERTAI PROGRAM-PROGRAM PUSAT ISLAM USM SEPANJANG RAMADHAN

USM PULAU PINANG, 3 April 2022 - Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh jemaah dengan harapan semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T sentiasa pada bulan yang mulia ini.

52572722 B202 4492 B787 D91FC5546C16

Demikian pesanan Pengerusi Jawatankuasa Induk Ramadhan peringkat Universiti Sains Malaysia merangkap Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ustaz Zayd Zhari ketika solat terawikh pertama di Masjid Al Malik Khalid USM kelmarin yang dihadiri ramai jemaah.

Menurut Zayd dalam taklimat Ramadhan beliau, Pusat Islam USM juga turut menjemput muslimin dan muslimat, warga kampus dan komuniti qaryah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh Pusat Islam USM sepanjang bulan ini.

“Antara program yang lain yang direncanakan adalah program tadarus Al-Quran yang diadakan setiap hari secara dalam talian.

1B1B5B89 6DB2 4B98 A1AB E2C6F2FEDCCF

“Maklumat dan butiran lanjut mengenai program tadarus ini serta program-program lain yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan boleh didapati melalui laman media sosial rasmi Pusat Islam USM iaitu di Facebook, Instagram dan Telegram, katanya lagi.

Tambah beliau, Pada Ramadhan kali ini juga, Pusat Islam USM akan menyediakan juadah berbuka puasa dan bagi sesiapa yang ingin mengambil bubur lambuk hendaklah membawa bekas sendiri yang boleh diambil selepas solat asar pada hari Selasa dan Rabu sahaja bagi minggu pertama sehingga minggu ketiga.

Sementara itu, kepada muslimin dan muslimat yang ingin menaja jamuan iftar bolehlah menyalurkan sumbangan terus ke akaun bank seperti berikut:
Nama bank: Bank Muamalat
Nama akaun: Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan
No akaun: 0703-0000071-71-6
(Jadual penajaan boleh dirujuk pada paparan di dinding luar masjid)

Di samping kelonggaran yang dinikmatikan pada Ramadhan kali ini, Zayd turut memberikan peringatan kepada para jemaah untuk sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para jemaah semua.

Umat Islam seluruh negara mula melaksanakan ibadah puasa bermula 3 April 2022.

Teks: Pusat Islam USM/Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Pusat Islam USM

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre). Maklumat yang terkandung merupakan maklumat terkini yang turut merangkumi maklumat berkenaan peraturan dan pekeliling yang berkaitan Universiti.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Bencana
(Nerve Centre), 11800, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 2267/6124  | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. icon admin

Hak Cipta © 2022 Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre (PPBNC), Universiti Sains Malaysia.